Walaupun latihan separa perubatan menawarkan peluang kerjaya dalam sektor kesihatan, terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipertimbangkan.
3 Kekurangan Latihan Separa Perubatan.
Terdapat tiga kekurangan yang perlu anda tahu apabila mengambil latihan separa perubatan. Anda perlu buat pertimbangan sebaik-baiknya sebelum anda meneruskan kursus dalam bidang ini.
1. Terikat Dengan Kerajaan
Setelah menamatkan latihan, anda akan terikat dengan kerajaan selama 4 tahun. Ini bermakna anda akan bertugas dalam sektor awam untuk tempoh tersebut.
2. Gaji Permulaan Yang Rendah
Bagi lulusan dengan diploma, gaji permulaan adalah RM1,797, manakala bagi mereka yang memegang sijil, gaji permulaan adalah RM1,360. Ini mungkin dianggap rendah berbanding dengan beberapa bidang kerja lain.
3. Pengajian Peringkat Sijil & Diploma Sahaja
Program latihan ini tidak menyediakan opsyen untuk belajar sehingga peringkat ijazah. Jika ingin sambung ke peringkat ijazah, anda perlu bekerja dengan kerajaan selama empat tahun sebelum boleh memohon ke universiti.
Bagi individu yang merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, perkara ini mungkin dianggap satu kerugian masa.
Akhir Kalam
Kekurangan latihan separa perubatan ini perlu ditimbang sebelum memutuskan untuk melibatkan diri dalam program latihan separa perubatan, memandangkan ia mempengaruhi aspek kewangan dan kemajuan kerjaya jangka panjang.
Anda Dah Tengok Soalan Ujian?
Pss.. Anda dah tengok 192 soalan ujian latihan separa perubatan? Jom klik butang di bawah untuk baca.